Dua peluru maut untuk Jeneral Sandiwara.
Masih ingatkah pembaca pada artikel ini yang pernah tersiar di Laman Mahazalim dibawah tajuk "Dua peluru maut untuk Lt. Jen. Zaini dan para konspirator". Artikel ini sebagai menyanggah ulasan Jen Zaini yang tersiar dalam Utusan Malaysia 9 Januari 2002.
Hari ini baru sahaja selesai rancangan gemilang Malaysia dimana Lt. Jen. Zaini berkesempatan bercakap angkuh. Tapi tidak sedar perbuatannya itu bagai mengundang padah pada dirinya dan para konspirator dibelakang tabir. Jika rancangan tersebut ada disediakan soal jawab dengan penonton maka nescaya dari sepuloh soalan yang dikemukakan hanya satu yang dapat dijawab oleh Lt. Jen. Zaini iaitu “Siapakah nama anda”.
Sememangnya peluru tembakan dari ketua kumpulan Al-Ma’unah telah berjaya ditepis oleh Jen. berberal merah ini. Sampaikan peluru ini terkena lalu membunuh salah seorang anggota Al-Makmunah secara tidak sengaja. Namun bolehkah Jeneral ini berjaya menepis dua soalan@peluru yang akan saya kemukakan ini.
Soalan pertama
Kita tahu didalam akhbar sebelum ini ada dinyatakan bahawa kumpulan Al-Ma’unah telah melakukan perbuatan membalas dendam akibat dari kematian seorang anggota mereka, lalu dua tebusan telah dibunuh termasuk yang telah ditembak kaki sampai hancur. Mayat mereka ini kemudiannya telah ditanam. Masalahnya menurut Jen. Zaini sebaik sahaja beliau menepis tembakan yang terkena dan MEMBUNUH seorang anggota Al-Ma'unah itu . Ketua kumpulan iaitu Mohd Amin dan konco-konconya telah berjaya ditawan. Bila pula masanya kedua-dua mangsa iaitu seorang komando tentera dan seorang lagi anggota SB ini mati dibunuh dan siap ditanam sekali. Ikutkan logik pembalasan dendam tentunya selepas ahli kumpulan ini mati. Maka barulah dilakukan perbuatan balas dendam ini.
Soalan kedua
Berkenaan mayat anggota Al Ma’unah yang mati tertembak itu, mengapakah sebelum ini diberitakan bahawa ia telah berulat. Tak kan lah baru ditembak sudah berulat, lagi sekali logik akal perlu diambil kira.
Inilah dua peluru maut yang perlu Jen. dan para konspirator dibelakang tabir perlu jawab. Namun begitu sudah saya sediakan jawapan yang boleh membantu Jen. menjawab soalan tadi.
Sebagai kesimpulan dan pengetahuan pembaca sekalian jawapan untuk soalan pertama ialah berkemungkinan kedua-dua tawanan itu telah berebutkan beberapa biji durian yang masih tinggal dengan anggota kumpulan Al Ma’unah. Akibat terlalu marah kemungkinan mereka berdua ini telah ditembak dengan sebegitu kejam. Untuk soalan kedua, ia juga besar kemungkinan ketua kumpulan ini ada menyimpan polong atau zombie itulah sebabnya mayat yang baru ditembak telah berulat...tak gitu jeneral..
Ihsan dari:
13 July 2000