http://matdrug.50megs.com/laman matdrug.htm
Bersyukur kerana melindungi pemimpin mereka
yang rasuah dengan menggunakan akta rahsia rasmi OSA. Bersyukur kerana tanah orang melayu dirampas
dengan menggunakan akta tanah Bersyukur kerana menghilangkan hak orang melayu
untuk bersaing
Bersyukur kerana koata melayu 'BERTAMBAH' kurang untuk belajar di MRSM dan matrikulasi. Secara logiknya 'BERTAMBAH' juga kurangnya peluang untuk ke universiti
Bersyukur kerana menerusi akta pendidikan tak payah lagi berbahasa melayu demi mencapai kemajuan sains dan matematik. , jika sistem gagal masihkah menteri undang-undang menunjukkan jantan. Anak - anak melayu UMNO tentu mahir menjawab soalan essei biologi, fizik dan kimia dalam bahasa inggeris. Kerana kalau 'kantoi' tak boleh masuk universiti.
Bersyukur kerana dari 'biasiswa' waktu zaman kolot Tun Razak ditukar menjadi 'pinjaman' dan ditambah 4% interest waktu zaman cyber Dr$ Mahathir
Bersyukur kerana Najib tak pernah meminta maaf atau letak jawatan kerana kegagalan sistem lompat kelas. Dari 100 calon terpilih 66 terkandas, yg terlibat ramai anak orang melayu.
Bersyukur kerana tiada lagi tv pendidikan secara percuma yang disediakan dalam tv, kalau anak ingin menonton tv pendidikan dirumah kena beli set astro. Ini juga hasil dari idea canggih Najib.
Bersyukur kerana perajurit kita telah banyak berjasa, untuk itu bolehlah menderma untuk membalas jasa, sambil pemimpin kita rakus mengambil wang komisyen penjualan senjata, baik yang baru maupun yang lama
Bersyukur kerana polis tidak lagi boleh menggunakan budi bicara, tapi sebaliknya saman sebagai senjata, sambil itu duit hasil boleh juga buat bantu danaharta
PM bersyukur kerana 'melayu UMNO mudah lupa' dan dia mungkin berkata semua yang diatas 'fitnah' belaka.
Webmaster group mD *Original articles made by PDA on 7Aug2002