http://matdrug.50megs.com/laman matdrug.htm
Kalau
aku seorang PM - Kebakaran DTC
Setelah beberapa pertemuan diantara para pelajar universiti
sebelum ini iaitu di UKM dan UPM tidak menampakkan hasil yang
positif. Kali ini aku mencuba taktik lain pula. Majlis yang dibuat
di DTC tu sekadar provokasi aku sahaja. Akan ku arahkan SB melalui
orang kuatku Aziz Samsudin untuk merancang membakar DTC . Melalui
media massa TV3, RTM dan NTV7 yang akan menggila menyiarkan
propaganda ku tentang perbuatan militan pelajar Universiti. Dimasa
yang sama aku akan arahkan Ketua Polis negara Si Norian Mai membuat
tangkapan ISA terhadap beberapa pelajar yang terpilih. Pelajar yang
ditangkap akan diturn over oleh SB supaya mengaku membakar DTC
kerana terpengaruh dengan jihad ala parti PAS dan REFORMASI.
Bersangkutan dengan itu akan ada pula tangkapan besar-besaran ala
Operasi Lalang untuk menangkap dan mengISAkan pemimpin pemimpin
kanan Parti Barisan Alternatif. Itulah tujuanku yang paling utama.
Kalau aku seorang PM - Menelefon Hakim-Hakim Tak perlu
aku menelefon setiap hakim-hakim untuk memberitahu supaya mengikut
arahanku. Aku hanya perlu membuat satu panggilan telefon kepada
ketua hakim Eusoff Chin supaya melaksanakan segala apa jua kehendakku. Mengenai
kebocoran maklumat dari Hakim Dato Kamil itu, aku hanya berpura-pura
terkejut. Itupun selepas segala usahaku yang terakhir tidak berjaya
seperti yang aku katakan pada media TV3 tempohari. " Kalau ada
tekanan, sila tarik diri dari meneruskan tugas tersebut. Ataupun
jumpa saya. " Sebenarnya yang tersirat dari kata tersebuat
adalah " Jika Hakim Dato Kamil tidak mahu menerima arahan
ku untuk membatalkan petisyen pilihanraya Likas, sila tarik diri dan
aku boleh meletakkan Hakim Agustine Paul sebagai ganti....he..he.."
Dan kata-kata " atau jumpa saya tu bermaksud sebelum hakim Dato
Kamil menghebahkan kepada siaran media, kita boleh berunding dulu,
berapa duit you nak.. RM 1 juta kalau tak mahu juga aku akan gertak
untuk menbuka fail-fail Hakim Dato Kamil. Carilah mana-mana fail BPR
atau fail-fail Bank, kalau tak ada itu boleh diadakan...akukan PM. Kalau aku seorang PM - Pengundi Hantu Tak perlu aku yang
merencanakan semua itu. Megat Joned dan Khalil kan ada. Sekarang
ditambah pula dengan Aziz Samsudin dan T. Adnan. Pengarah SPR
mestilah mesti mengikut kehendak parti aku....aku kan PM. Aku tahu
betapa perlunya pengundi hantu ini semasa pilihanraya. Kerana
majoriti pengundi yang sebenar tidak lagi mengundi parti Barisan
Nasional. Apa lagi kalau bertanding secara bersih jangan haraplah
parti aku boleh bentuk kerajaan. Pilihanraya kecil Lunas jadi igauan
ngeri buatku. By hook or by crook parti aku wajib menang. SPR mesti
diperkudakan habis-habisan.
Webmaster MatDrug