ERRA, SELAMAT BERJUANG
AWANG tidak dapat menahan diri daripada turut sama mengulas langkah Erra
Fazira menyertai UMNO melalui sayap baru parti itu yang dipanggil Puteri.
Pada mulanya Awang terdengar desas-desus bahawa yang akan masuk ialah penyanyi kecil molek, Siti Nurhaliza. Tapi kata Siti, beliau ada platform tersendiri untuk berbakti.
Ada yang berpendapat Siti memilih untuk tidak menyertai Puteri pada masa ini kerana hendak menjaga hati para peminatnya yang begitu ramai. Ini tidak menghairankan kerana beliau penyanyi paling hebat, paling diminati dan dipercayai, paling mahal bayarannya pada masa ini.
Mungkin Siti, yang lemah lembut dan bersopan santun itu, tidak mahu kehilangan peminat sekiranya beliau menyertai Puteri - perhitungan munasabah bagi seorang yang business-minded.
Orang bisnes lazimnya tidak mahu kecondongan politik mereka diketahui umum. Mereka berbaik dengan semua dan cuba kelihatan memberi sokongan kepada semua.
Secara tidak langsung Awang Sulung mengaku akan kebodohan Erra Fazira. Pastinya Erra akan terasa peritnya diboikot oleh peminatnya yang menyokong Barisan Alternatif.
Harus diingat rangkaian peminat seseorang artis itu sangat komplek, sebagai contoh seorang pensyarah yang menyokong BA mempunyai 3 anak yang mengajak untuk melihat Gerak Khas the movie lakonan Erra. Sudah tentu sipensyarah tadi tidak sekali-kali bersetuju untuk menunaikan hasrat ketiga-tiga anaknya itu. Erra Fazira telah kehilangan 3 + 1 peminat yang berpotensi membeli tiket, dan secara langsung telah mengurangkan income yang sepatutnya diterima oleh Erra. Produser Yusof Haslam juga terpaksa memikirkan akibat boikot ini keatas filem lakunan Erra didalam fileh-filem keluarannya akan datang.
Dengan ini suka saya mengajak penyokong BA memulakan boikot terhadap mana-mana artis yang cuba mencari publisiti murah melalui politik. Antara artis-artis lain yang termasuk dalam senarai ialah Lukman Hakim dan Kumpulan KRU.
Dan syabas kepada Siti Nurhaliza yang menunjukan kebijaksanaan mengatasi Erra Fazira.
Ihsan dari:- Wallace BraveHeart ~ Fight For Freedom