Pada 4 jun lalu sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil Kuala Lumpur. Sebanyak 10 orang menerima anugerah Maulidur Rasul daripada Yang di-Pertuan Agong.Ini termasuklah seorang yang berstatus bukan Islam/kafir. Bidaah yang telah lenyap diadakankan semula oleh senator ini. Kali pertama ia berlaku semasa sambutan Maal Hijrah tahun lalu. Kini berlaku lagi untuk kali kedua perkara yang sama dan amat memalukan kita umat Islam di negara ini.
Dengan pengiktirafan anugerah Maulidur Rasul terhadap S. Ramasamy. Beliau juga menerima wang tunai RM2,000, jam tangan, sijil dan buku terbitan Jakim. Marilah kita bergelak ketawa dengan buku-buku pemberian Jakin @ Jakun untuk si Samy ini . Apakah ianya bertajuk " Mari belajar sembahyang" atau " Panduan mandi wajib"....ha..ha...
Lepas itu mari kita lihat pula apakah si Samy ini buat dengan duit RM2000 itu. Sebagai seorang yang suka berbuat kebajikan maka tentulah si Samy ini suka menderma. Maka mendermalah ia kepada tabung kuil....jadi lengkaplah bidaah Hamid Zainal Abidin berserta dengan pahalanya sekali. Gelak lagi ha..ha...
Pahala
Tidak ada pahala seorang kafir itu disisi Allah walaupun menderma RM100juta sekalipun berbanding seorang Islam yang menderma RM1. Justeru itu Brig Jen (B) senator Hamid Zainal Abidin bukan sahaja melakukan bidaah yang besar tetapi juga boleh ditafsir sebagai cuba mengajar Tuhan ???. Apakah seorang kafir itu boleh diiktiraf sumbangan dan kebaikannya terhadap agama Islam. Allah S.W.T telah menggariskan sempadan untuk kita ikuti iaitu seorang kafir itu secara automatik 'disqualified' disisi Allah. Apakah Hamid Bidin lebih pandai dari Allah S.W.T.. Apa yang cuba dibuktikan oleh Hamid Zainal Abidin ini.
Syabas Hamid Zainal Abidin anda sememangnya Boleh.
Imej Islam Senator Hamid Zainal Abidin yang bercanggah.
Imej Islam Hamid Zainal Abidin jauh berbeza dari ulamak yang lain. Apakah ia boleh dikatakan ulamak, hatta perkara sunnah nabi yang sangat senang tidak dapat diikutinya seperti contoh menyimpan janggut.
Ihsan dari:- Wallace BraveHeart ~ Fight For Freedom ~ 10jun2001