Matdrug mendapat berita dari sumber yang tidak dapat kenal pasti. Ianya berbunyi
" Tragedi ngeri hutan Rompin Pahang - Seorang pelajar tingkatan 4 yang sedang mengikuti perkhemahan sekolah dijumpai mati ditelan ular sawa sepanjang 10 meter. Peristiwa ini dirahsiakan oleh pihak akhbar dan kerajaan negeri Pahang daripada pihak umum."
Berdasarkan gambar ini, pakar pengimejan kami mendapati peristiwa ini tidak berlaku di negara ini. Atau lebih spesifik lagi seperti dihutan Rompin. Ini adalah kerana Kenderaan yang mengekori truk pick-up adalah bernombor pendaftaran DU2259AT. Ianya bukan No pendaftaran kenderaan diMalaysia. Besar kemungkinan kenderaan ini adalah no pendaftaran untuk Republik Indonesia. Dan ianya berlaku disuatu tempat dinegara tersebut.
Webmaster MatDrug (23/5/2001)